Nota Sistem Bahasa

BAHASA MELAYU TAHUN ENAM
TEMA:WARISAN ALAM
 
BAHAGIAN 1:MENEROKAI RAHSIA ALAM
 
PENANDA WACANA
 



 
Sumber: Juhana Salim & Rashidi Adam (2003). Revisi Prioriti SPM Karangan Tingkatan 4-5.

Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd



BAHAGIAN 2 :ALAM  PENUH MISTERI

KATA ADJEKTIF

JENIS-JENIS KATA ADJEKTIF

1. Kata adjektif sifat / keadaan
Kata adjektif sifat /keadaan merupakan perkataan yang digunakan bagi menerangkan sifat atau
keadaan sebagai unsur keterangan bagi kata nama,
Contoh  kata adjektif sifat/keadaan adalah seperti berikut:
kuat, pintar, nakal, keras, lemah, sihat, bijak, cergas, dan jahat.
Contoh ayat: Budak nakal  tidak akan disukai oleh orang lain..

2. Kata adjektif warna
Kata adjektif warna merupakan kata keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang memberi pengertian warna, seperti contoh berikut:
Contoh perkataan:
hitam, perang, hitam, putih, biru, dan kelabu.
Contoh ayat: Adik suka pakai baju merah manakala abang pula suka pakai baju warna biru.

3. Kata adjektif ukuran
kata adjektif ukuran merupakan kataketerangan kepada kata nama iaitu perkataan
yang memberi pengertian ukuran.Kata adjektif ukuran diberi contoh seperti berikut:
Contoh perkataan:
tebal, gemuk, panjang, nipis, pendek, kurus, tinggi, rendah,
dan kecil.
Contoh ayat:  Budak gemuk itu selalu dibuli rakan  sekelasnya.

4. Kata adjektif bentuk
Kata adjektif bentuk merupakan kata keterangan bagi  kata nama
yang membawa  maksud rupa bentuk, seperti contoh berikut:
Contoh perkataan:
lurus, bulat, bujur, bengkok, leper, bundar, lonjong, buncit, dan
tajam.
Contoh ayat: Jalan  menuju ke kampung itu bengkang-bengkok

5. Kata adjektif waktu
kata adjektif waktu pula merupakan kata keteranganbagi kata nama  perkataan
yang membawa  pengertian konsep masa.Contoh kata adjektif waktu adalah seperti berikut:
Contoh perkataan:
kerap, awal, sering, jarang, lewat, silam, baharu, dahulu, dan
lampau.
Contoh ayat:  Aminah selalu tiba awal ke sekolah.

6. Kata adjektif jarak
Kata adjektif jarak pula merupakan  unsur keterangan bagi kata nama iaitu perkataan
yang memberi makna konsep ruang. Contoh kata adjektif jarak adalah seperti berikut:
Contoh perkataan:
nyaris, dekat, hampir, dan jauh.
Contoh ayat: Sekolah saya terletak hampir dengan rumah saya.

7. Kata adjektif cara
Kata adjektif cara pula merupakan  unsur keterangan bagi kata nama iaitu perkataan
yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam,
seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan:
pantas, deras, ligat, lambat, gopoh, perlahan, laju, cermat,
dan cepat.
Contoh ayat:  Pemuda itu suka memandu kereta dengan laju..

8. Kata adjektif perasaan
Kata adjektif perasaan pula  digunakan kepada unsur keterangan
bagi kata nama yang membawa pengertian atau konsep
perasaan, seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan:
kasih, takut, malu, sayang, hendak, geram, cinta, rindu,
dan marah.
Contoh ayat: Wanita tua itu berasa sungguh rindu akan anaknya semenjak menghilangkan diri setahun yang lalu.

9. Kata adjektif pancaindera
Kata adjektif pancaindera pula merupakan kata keterangan bagi kata nama iaitu perkataan
yang membawa konsep sentuh, dengar, pandang, bau,
dan rasa.
Indera pandang
comel
hodoh
molek
cantik
jelita

Indera dengar
nyaring
lembut
gemersik
perlahan
kuat

Indera bau

wangi
hanyir
harum
hapak
busuk

Indera rasa
manis
kelat
masam
pahit
masin


KATA GANDA

Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan, sama ada sebahagian atau seluruhnya.
Kata ganda terdiri daripada:
  1. kata ganda seluruh
  2. kata ganda semu
  3. kata ganda separa (separuh)
  4. kata ganda bersajak atau berima
  5. kata ganda berimbuhan.
Kata ganda seluruh
Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya. Kata dasarnya boleh mengambil bentuk kata nama, kata adjektif, kata kerja, atau kata keterangan. Kata ganda seluruh digabungkan dengan tanda sempang (-).
Gandaan kata nama
Gandaan kata kerja
Gandaan kata adjektif
buku-buku
kereta-kereta
pagi-pagi
baring-baring
jalan-jalan
pandang-pandang
awal-awal
bulat-bulat
manis-manis
Kata ganda semu
Kata ganda semu mempunyai makna yang khusus, umpamanya: biri-biri, kanak-kanak, kupu-kupu.
Serupa dengan kata ganda seluruh, kata ganda semu ialah kata dasar yang juga digandakan seluruhnya, dan digabungkan dengan tanda sempang (-). Bagaimanapun berbeza dengan kata ganda seluruh, kata dasarnya hanya mengambil bentuk kata nama. Kata ganda dengan sendirinya membawa maksud tunggal atau jamak.
Kata ganda separa
Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang digandakan. Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama, khususnya yang memberi maksud kepada benda atau konsep yang memiliki sifat atau keserupaan dengan kata dasar. Misalnya:
  • cecair (mana-manan bahan yang berada dalam keadaan cair, seperti air atau bendalir)
  • kekunci (butang untuk menaip dari komputer, diilhamkan dari perkataan Inggeris key yang juga bermaksud kunci)
  • lelangit ("langit" atau daerah teratas dalam rongga mulut)
Kata ganda bersajak/berima
Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan. Contohnya:
  1. persamaan bunyi di pangkal: lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum, dan sebagainya.
  2. persamaan bunyi di hujung: karut-marut, cerai-berai, calar-balar, dan sebagainya.
  3. penyesuaian bunyi seluruhnya: compang-camping, dolak-dalik, huyung-hayang dan selok-belok
Kata ganda berimbuhan
Kata ganda berimbuhan atau menyalin terhasil dengan membubuh imbuhan di mana-mana tempat dalam kata ganda.
  • Imbuhan awalan di awal kata: tergesa-gesa, berpura-pura
  • Imbuhan awalan selepas tanda sengkang: tahu-menahu, kejar-mengejar
  • Imbuhan akhiran di akhir kata: barang-barangan, terang-terangan
  • Apitan seluruh kata ganda: tergila-gilakan, menghuru-harakan
 
Sumber :Wikipedia BahasaMelayu

 
BAHAGIAN 3 :MENSYUKURI NIKMAT ALAM
 



Peribahasa

Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.

Terdapat pihak yang mengklasifikasikan peribahasa seperti berikut:

a, Peribahasa selapis yang terdiri daripada pepatah, bidalan dan perbilangan (pepatah).

b. Peribahasa berlapis, iaitu perumpamaan

c. Lidah pendeta

Namun ada juga yang membahagikan peribahasa seperti berikut:

  • Simpulan bahasa
  • Perumpamaan
  • Bidalan
  • Pepatah atau Perbilangan

Bukan Peribahasa:

  • Kiasan
  • Metafora

Simpulan Bahasa

Simpulan bahasa merupakan ungkapan yang telah mantap dan mempunyai maksud yang khusus.

Ia mempunyai maksud yang berbeza daripada makna harfiah kata-kata dalam ungkapan.

Contoh:

Simpulan Bahasa
Maksud
Panjang tangan
Suka mencuri
Periuk nasi
Punca pencarian
Buruk siku
sudah diberi, diambil balik
Ikat perut
Berjimat makan dan minum
Kaki bangku
Tidak tahu bermain misalnya bola.

Menurut Za'aba, terhasilnya simpulan bahasa adalah dengan berdasarkan empat perkara iaitu:

(a) Daripada perbandingan atau kiasan dengan cerita yang masyhur.

Contoh: Abu Jahal, Mat Jenin, Lebai Malang dan sebagainya.

(b) Daripada benda atau kejadian yang berlaku di sekelilingnya.

Contoh: mandi kerbau, mata duitan, kutu embun dan sebagainya.

(c) Daripada kepercayaan orang ramai

Contoh: harimau berantai, buruk siku, dimakan bulan dan sebagainya.

(d) Daripada kebiasaan atau resaman bahasa.

Contoh: ada hati, gila bahasa, beri muka dan sebagainya.

Perumpamaan

Perumpaan tergolong dalam peribahasa berlapis, iaitu mengandungi makna tersurat dan tersirat.

Terdapat dua bentuk perumpamaan, iaitu yang menyatakan perbandingan secara terang-teragnan dan yang tidak menyatakan perbandingan secara terang-terangan.

Perumpamaan yang menyatakan perbandingan secara terang-teranan didahului dengan kata-kata perbandingan seperti, umpama, bagai, laksana, ibarat dan baik; manakala perumpamaan yang tidak disebutkan perbandingan tidak didahului kata-kata perbandingan tersebut.

Contoh perumpaan yang disebut perbandingan

a. seperti katak di bawah tempurung

b. umpama kaca dengan permata

c. Bagai pungguk rindukan bulan

d. Ibarat air di daun keladi

e. laksana katak diharung ular.

Contoh perumpamaan yang tidak disebut perbandingan

a. Genggam bara api biar sampai jadi arang

b. Diberi betis hendak peha

c. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.

Bidalan

Bidalan ialah peribasaha yang berfungsi sebagai nasihat seperti perumpaan, bidalan juga mempunyai maksud dua lapis.

Bagaimanapun bdalan tidak didahului oleh kata sendi nama seperti, bagai, laksana dan umpama.

Perbezaan antara bidalan dengan pepatah ialah bidalan lebih kerap diguanakan, mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran, sedangkan pepatah lebih ringkas sifatnya dan tidak mempunyai pengajaran.

Contoh bidalan:

Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan
Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.
Maksud lapis pertama jelas dan maksud lapis kedua merujuk orang yangs edikit ilmu dan pengalaman supaya tidak mencuba sesuatu yang rumit.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Hujan emad di negeri orang,
hujan batu di negeri sendiri,
Baik juga negeri sendiri.
Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.
Jikalau beranak, ikut kata bidan.

Pepatah atau Perbilangan

Pepatah atau perbilangan mempunyai struktur yang hampir sama dengan pepatah dan bidalan melainkan perbilangan disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi.

Setiap rangkai pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan atau perkataan.

Ia berkait rapat dengan adat istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat.

Contoh

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
Hati manusia sama dicecah, hati gajah sama dilapah.
Cubit paha iri, paha kanan sakit juga.
Ditelan mati emak, diluah mati bapak.


KOSA KATA
 
 
Yang berikut adalah senarai beberapa kata yang mempunyai banyak makna.
baik
i.
ii.
iii.
iv.
v.
tidak jahat
bagus; elok
sihat
sembuh; pulih
sesuai dan rapat

cerah
i.
ii.
iii.
iv.
v.
terang
berseri; tidak muram
jernih
agak putih
baik; bahagia

dingin
i.
ii.
sejuk
tidak meriah

hangat
i.
ii.
iii.
panas
masih baru (berita)
meriah

jelas
i.
ii.
terang; nyata
selesai; beres

kesan
i.
ii.
iii.
bekas; jejak
akibat
perasaan atau fikiran yang timbul selepas berlakunya sesuatu

lalu
i.
ii.
iii.
iv.
sudah berlaku; lepas
berjalan atau melintas
selepas itu
sanggup; berdaya

masam
i.
ii.
rasa seperti rasa cuka
tidak jernih (muka) kerana marah

padat
i.
ii.
iii.
iv.
penuh dan rapat sekali
banyak sekali penduduk
banyak isinya; bernas
pejal

sarang
i.
ii.
tempat diam burung
tempat persembunyian (lanun, samseng, dll)

tambang
i.
ii.
bayaran untuk mengangkut penumpang atau barang-barang
lombong

 
Sumber :Portal Pendidikan Utusan



 
 
 


No comments:

Post a Comment