BAHASA MELAYU TAHUN ENAM
TEMA:WARISAN ALAM
Berikut merupakan contoh langkah-langkah yang boleh diikuti dalam P & P:
Baca sajak di bawah ini.Kemudian jawab solan-soalan berikut:
A.MENDEKLAMASIKAN SAJAK
Balada terbunuhnya Beringin Tua di Pinggir Bandaraya
BERINGIN tua di pinggir jalanraya
di sebuah ibu kota yang setengah muda
ratusan tahun usianya berdiri
menadah matari memayungi bumi
burung-burung berterbangan menyanyi
di sini rumah mereka, di sini keluarga bahagia,
Anak-anak bermain di keteduhan perdunya.
Tiba-tiba pagi yang hitam itu datang
gergasi teknologi menyeranganya
dengan kejam membenamkan gigi-gigi besi
sehingga terdengarlah jeritan ngeri
suara beringin rebah ke bumi.
Sampai sekarang, tiap senjakala lembayung petang dengan suara beringin mengucapkan pesan:
Selamat tinggal, selamat tinggal wahai awan
Selamat tinggal matari selamat tinggal bulan
Selamat tinggal kupu-kupu sayang
Selamat tinggal wahai burung-burung bersarang
Selamat tinggal anak-anak bermain riang.
Namaku Beringin pohon tua yang terbuang
dimusuhi oleh rancangan yang bernama Pembangunan
Sumber:Hasil karya Usman Awang
A. Berdasarkan sajak di atas,jawab soalan-soalan kefahaman ini.
1).Siapakah 'aku'?
A.Pohon Cempaka
B.Pohon durian
C.Pohon Beringin
D.Pohon Cengal
2).Apakah yang memusuhi 'aku'?
A.Pencemaran
B.Muzik
C.Orang ramai
D.Pembangunan
3)Apakah yang membuatkan 'aku 'menjerit?
A.Dipanah cahaya matahari
B.Disambar petir
C.Kanak-kanak bermain
D.Jentera penolak
4).Mengapakah 'aku' meninggalkan pesan?
A.daunnya telah layu
B.Batang pokok itu telah reput
C.Usianya yang telah lanjut
D.Pokok itu musnah ditebang
5)Pada pendapat kamu,bagaimanakah dapat kita menyelamatkan pokok yang berusia ratusan tahun?
A.Membuat pagar di sekeliling pokok.
B.Melabel pokok tersebut.
C.Mengadakan bantahan.
D.Mewujudkan peraturan kuatkuasa alam sekitar.

Berdasarkan gambar di bawah,cipta sajak kamu sendiri.
Jawapan :
1.Bunga matahari
2.Bunga sedap malam
3.Bunga Ros/mawar
4.Bunga Roselle
Baca dan fahami petikan teks di bawah ini.
Khasiat dan Kepentingan Bunga
BUNGA RAYA
Bunga raya merupakan bunga kebangsaan negara yang mempunyai warna yang cantik yang turut dikenali juga sebagai Hibiscus rosa sinensis.Bunga raya mempunyai pelbagai kegunaan yang berguna untuk perubatan alternatif.Tumbuhan ini amat mujarab untuk menghilangkan batuk kerana ia mengandungi sejenis lendir atau mucin yang memberikan rasa sejuk pada kerongkong dan rongga paru-paru. Selain itu, bunga raya juga mengandungi hebiscetin, satu bahan yang amat berkesan untuk meredakan batuk dan menghilangkan kahak. Penghidap akan mendapati lendir yang mengganggu saluran pernafasannya akan dikeluarkan dalam jumlah yang banyak ketika batuk.
KHASIAT BUNGA ROSELLE
Roselle, merupakan satu tumbuhan herba yang mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi, dianggar pada 280mg pada setiap 100gm kaliks Roselle yang telah dikeringkan yang menunjukkan kelebihan vitamin C yang ada pada Roselle berbanding dengan buah kismis hitam. Ia juga mengandungi vitamin-vitamin lain seperti Vitamin D, B1 dan B2.
ROSELLE dikatakan mempunyai kadar anti oksida yang tinggi untuk:* Menyegar & mengembalikan tenaga* Menghilangkan selsema & sakit tekak* Meredakan batuk & mencairkan kahak* Menyihatkan & mencerdaskan minda* Mengurangkan stress & sukar tidur* Mencegah kanser & penyakit kronik* Menstabilkan tekanan darah tinggi* Meningkatkan daya tahan tubuh* Membantu proses pencernaan* Mencantikkan kulit & awet muda* Roselle juga digelar Permata Merah mempunyai khasiat semulajadi iaitu antioksida, vitamin, mineral, dan merendahkan kolestrol dalam badan.Roselle juga mengandungi aloe vera dan spirulina yang memberi manfaat kepada kulit kita Roselle membuat diri kita juga kekal bertenaga
KARANGAN JENIS FAKTA
Berdasarkan ringkasan isi yang dinyatakan di bawah ini,tuliskan sebuah karangan yang yang bertajuk "kegunaan bunga-bungaan ".
Isi Penting 1:
Sebagai Perasa minuman (contoh bunga roselle):
-jus minuman
-baik untuk kesihatan tubuh badan
Isi Penting 2:
Sebagai bahan kecantikan(contoh bunga urang-aring):
-bahan syampu
-penyediaan tonik
Isi Penting 3:
Sebagai bahan hiasan (contoh bunga orkid):
-ditanam di halaman rumah
-jambangan bunga
Isi Penting 4:
Sebagai bahan pembuatan minyak wangi (contoh bunga melur):
-guna pati bunga
-mewangikan badan
Isi Penting 5:
Sebagai pengikat kasih sayang(contoh bunga kekwa):
-dihadiahkan kepada orang tersayang
-penghias halaman
Isi Penting 6:
Sebagai bahan masakan (contoh bunga kantan):
-bahan masakan asam pedas
-membuka selera
Perhatikan Format Penulisan Surat Kiriman Tidak Rasmi di bawah ini:
Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi:
Surat tidak rasmi ialah surat yang biasanya ditulis kepada ahli keluarga atau sahabat handai.
Biasanya ditulis dengan tujuan untuk memberitahu sesuatu perkara seperti antaranya ;
1. Surat ucap tahniah
2. Surat ucap takziah
3. bertanya khabar berita
4. menceritakan empat-tempat menarik di Malaysia kepada sahabat
5. Pengalaman di tempat baru seperti di sekolah baru
6. Surat minta kebenaran ibu bapa / penjaga
7. membalas surat yang dihantar oleh orang lain
8. dan sebagainya
Tahukah kamu ?
Tarikh boleh ditulis dalam dua cara, iaitu
Cara A : 8 Februari 1998.
Cara B : 8 hb. Februari, 1998.
Mulakan menulis surat dengan bertanyakan khabar dan menceritakan keadaan kesihatan penulis.
Jika membalas surat, sebelum menanyakan sesuatu , terlebih dahulu jawab pertanyaan yang dikemukakan sebelum ini.
Gunakan panggilan mengikut usia atau pangkat seperti :
nenda, ayahanda , ibunda / bonda , kakanda / kanda , adinda , anakanda , dan cucunda.
Jangan menggunakan ganti nama aku, awak, ataupun kamu.
Akhiri surat dengan salam, penghargaan, terima kasih dan keinginan untuk berutus surat lagi.
Format Surat Kiriman Tidak Rasmi
(Tertib menghadapkan surat kepada pihak yang menerima surat ) ..............................................................................................................................................................
.. ..............................................................................................................................................................
Saudara, (atau yang lain)
(Hal-hal yang ingin disampaikan / dinyatakan. Ada baiknya sesuatu isi disampaikan dalam perenggan yang berasingan)
..............................................................................................................................................................

............................................................................................................................................................
................................................................................................................................................
Perhatikan Contoh Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi di bawah ini:
Berdasarkan gambar-gambar di bawah ini,tuliskan sebuah karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi kepada rakan anda bagi menceritakan pengalaman yang telah dilalui semasa mengikuti aktiviti perkhemahan.

PENULISAN BAHAGIAN B.

PENULISAN BAHAGIAN B
SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI:

( Nama Penulis
)............
( Alamat
).......................
.......................................
.......................................
Tarikh :
(Tertib menghadapkan surat kepada pihak yang menerima surat ) ..............................................................................................................................................................
.. ..............................................................................................................................................................
Saudara, (atau yang lain)
(Hal-hal yang ingin disampaikan / dinyatakan. Ada baiknya sesuatu isi disampaikan dalam perenggan yang berasingan)
..............................................................................................................................................................
..............................................................................................................................................................
.. ..............................................................................................................................................................
............................................................................................................................................................
................................................................................................................................................
Yang
benar,
.................
( Nama Huruf Besar
)
Perhatikan Contoh Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi di bawah ini:
Nota
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Berdasarkan gambar-gambar di bawah ini,tuliskan sebuah karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi kepada rakan anda bagi menceritakan pengalaman yang telah dilalui semasa mengikuti aktiviti perkhemahan.
No comments:
Post a Comment