Latihan Sistem Bahasa

BAHASA MELAYU TAHUN ENAM
TEMA :WARISAN ALAM
 
BAHAGIAN 1: MENEROKAI RAHSIA ALAM
 
Latihan Penanda Wacana:
 
Pilih jawapan yang paling sesuai.

1. Dia tidak menghadiri latihan bola sepak pada petang itu __________ telah dimaklumkan oleh ketua pasukan.
A sungguhpun
B selain itu
C oleh itu
D namun demikian


2.Sudah satu jam Tini menunggu Siti di perpustakaan, tetapi rakannya itu tidak datang. ________, dia pulang ke rumah.
A Kalau begitu
B Akhirnya
C Lepas itu
D Di samping itu


3. Abang Irfan membuka sebuah restoran. ________, dia juga berniaga pakaian.
A Dengan itu
B Lagipun
C Lantaran itu
D Dalam pada itu


4. Kita tidak digalakkan keluar dari rumah seorang diri ___________ pada waktu malam.
A Jadi
B Lebih-lebih lagi
C Justeru
D Biarpun demikian


5. Mula-mula panaskan minyak di dalam kuali. __________, goreng keropok itu sehingga garing.
A Semenjak itu
B Kemudian
C Walaupun begitu
D Sebelum itu


6. Kami dibawa berjumpa dengan pengurus kilang itu. __________, beliau menunjukkan prosesmembuat tayar kepada kami.
A Selanjutnya
B Selain itu
C Lebih-lebih lagi
D Namun begitu


7. Lokman aktif dalam permainan bola sepak. ________, dia telah dipilih sebagai ketua pasukan bolasepak sekolahnya.
A Mungkin
B Justeru
C Walau bagaimanapun
D Kalau begitu


8. Mereka menjerit meminta tolong daripada jiran-jiran. __________ tiada sesiapa pun yangmendengarnya.
A Malangnya
B Tambahan pula
C Lebih-lebih lagi
D Dalam pada itu


9. Ashraf menyesal atas perbuatannya yang nakal selama ini. ___________, dia berazam hendak mengubah sikapnya.
A Namun begitu
B Selanjutnya
C Kemudian
D Oleh sebab itu


10. Datuknya meninggal dunia akibat sakit jantung minggu lalu. _________ wajahnya muram sahaja.
A Oleh itu
B Semenjak itu
C Sebaliknya
D Selepas itu
 
 
BAHAGIAN 2 : ALAM PENUH MISTERI
 
Berdasarkan tayangan ini,cuba kenal pasti kata-kata adjektif yang dapat dibina .
 
 
A. Cuba jawab latihan kata adjektif ini:
 
1.Tangan ibu berbau  ..............................   setelah menyiang ikan.
 
A. hamis
 
B.hanyir
 
C.hapak
 
D.hancing
 
2.Pemandangan di pantai itu pada waktu senja sungguh .....................................
 
A.selesa
 
B.nyaman
 
C.indah
 
D.terang
 
3.Langit  ............................... menandakan hujan akan turun.
 
A.kuat
 
B.cerah
 
C.kelam
 
D.mendung
 
4.Gadis yang ............................. bekerja sebagai setiausaha.
 
A.molek
 
B.jelita
 
C.elok
 
D.gagah
 
5.Kalau kita selalu bercakapbohong,kawan-kawan akan ......................kepada kita.
 
A. gembira
 
B.sedih
 
C.suka
 
D.benci
 
B.  Bina ayat majmuk dengan menggunakan kata-kata adjektif  di bawah ini.
 
a)Sifat warna
Terdapat ikan yang berwarna biru di dasar laut.
Terdapat ikan yang berwarna merah di dasar laut.
 
b) sifat ukuran 
Kelihatan beberapa ekor ikan yang besar berenang-renang di dasar laut.
Kelihatan beberapa ekor ikan yang kecil berenang-renang di dasar laut.
 
c)sifat pancaindera 
Keadaan di dasar laut sangat indah.
Keadaan di dasar laut sangat mempesonakan.
 
d)Sifat pancaindera/ bilangan 
Air laut itu masin.
Air laut menjadi habitat pelbagai jenis hidupan.
 
e)Sifat pancaindera/ bilangan/bentuk 
Terdapat terumbu karang yang cantik di dasar laut.
Terumbu karang menjadi habitat hidupan di dasar laut.
Terumbu karang terdiri daripada pelbagai rupa yang menarik.
 
 
LATIHAN KATA GANDA
 
1.Murid itu ........................... ke sekolah kerana lewat bangun.
A. terketar-ketar
B. tercungap-cungap
C. terkial-kial
D. terkocoh-kocoh
 
2.Izati  menangis............................semasa dinasihati oleh ibunya.
A. terangguk-angguk
B. tersekat-sekat
C. tersedu- sedan
D. teraung-raung
 
3.Hati saya ............................ semasa menunggu giliran mengambil keputusan peperiksaan  di dalam dewan  sekolah.
A. berdenyut-denyut
B. berdebar-debar
C. berkibar-kibar
D. berkobar-kobar
 
4.Pemuda itu ........................ di dalam biliknya kerana memikirkan masalah peribadinya.
A. ulang -alik
B. pindah randah
C. mundar-mandir
D. bolak-balik
 
5.Para penonton tertawa ............................. apabila melihat aksi Johan dan Zizan dalam Program Maharaja Lawak itu.
A. teresak-esak
B. terbatuk-batuk
C. terpinga-pinga
D. terbahak-bahak
 
6.Setiap orang  harus menjalankan tanggungjawab dengan ................................... .
A. sebaik-baiknya
B. seelok-eloknya
C. semahu-mahunya
D. susah-payah
 
7.Sayur- sayuran  dan buah-buahan yang dijual di gerai itu...............................
A. besar-besar
B. jernih-jernih
C. segar-bugar
D. comel-comel
 
8.Mulut Amirah ....................... ketika menghafal nota Pendidikan Islam .
A. kumat-kamit
B. menganga-nganga
C. bergerak-gerak
 
9.Kanak-kanak itu kelihatan riang dan ...............................  di taman permainan itu.
A. berkejar-kejaran
B. berlumba-lumba
C. bermandi-manda
 
10.Jalan raya yang ....................................  itu telah menyebabkan banyak kemalangan berlaku.
A. bengkang-bengkok
B. berliku-liku
C. bersimpang -siur
 
 
BAHAGIAN 3: MENSYUKURI NIKMAT ALAM
 
 
Latihan  Peribahasa
 
 
1.Setelah sekian lama bekerja dan tinggal di bandar,Amir akhirnya berpindah ke kampung setelah tiba waktu persaraannya.Semua anggota keluarganya turut serta berpindah ke kampung.
 
Peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan tindakan Amir dan keluarganay itu ialah ..............
 
A. beralih angin
B. berbelah bagi
C. mengikut jejak
D. membawa diri
 
2.Peribahasa "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan"bermaksud ......
 
A. seseorang yang mempunyai cita-cita,dia akan berusaha untuk mencapainya.
B. sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
C. pendiam tetapi berfikir atau banyak pengetahuan
D. setiap orang mempunyai pendapat sendiri
 
3.Anaknya tidak pernah mendengar nasihat ibu bapa.Perangainya tetap seperti dahulu.
Peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan sikap si anak dalam petikan itu,kecuali........
 
A. masuk telinga kanan,keluar telinga kiri
B. mencurahkan air di daun keladi
C. didengar ada,dipakai tidak
D. lemak manis jangan terus ditelan,pahit jangan terus dibuang.
 
4.Walaupun meja makan yang dibelinya itu agak mahal harganya,namun Hanis tetap berpuas hati kerana masih elok setelah digunakan bertahun-tahun.
 
A. ukur baju di badan sendiri
B.besar periuk besarlah keraknya
C. alah membeli menang memakai
D. ada rupa ada gaya
 
5.Sejak abang membeli kereta baru,motosikal itu tidak digunakannya lagi.Keadaan ini samalah seperti ..............
 
A. kacang melupakan kulit
B. habis manis sepah dibuang
C. tiada rotan,akar pun berguna
D. sudah dapat gading bertuah,tanduk tidak berguna lagi.
 
 
Latihan Kosa Kata
 
 
1.Mereka .......................  pokok-pokok itu kerana kawasan tersebut akan dibina jalan raya.
A. menghiris
B. menebang
C. menetak
D. membelah
 
2.Dua orang lelaki yang menaiki motosikal telah ................... rantai leher wanita itu.
A. merampas
B. merenggut
C. menyinggung
D.menyambar
 
3.Mak Minah berasa gembira apabila diberi  peluang untuk .............. pasangan pengantin itu.
A. menyiram
B. merenjis
C. menyimbah
D. menjirus
 
 
Pilih ayat -ayat yang betul.
 
4.1."Jangan gunakan pinggan yang patah ini,"kata ibu kepada kakak.
  11.Parit itu berbau  busuk kerana kebanyakan penduduk membuang sisa makanan ke dalam parit tersebut.
  111.Beberapa buah rumah bergegar akibat daripada gempa bumi itu.
  1V.Puan Wong mundar-mandir di hadapan hotel itu menunggu rakannya.
 
A. 1 dan 1V sahaja.
B. 11 dan 111 sahaja
C. 1,11 ,dan 111 sahaja
D. 11,111,dan 1V sahaja.
 
5.Kakak dan ibu sibuk  ..................... ketupat manakala saya pula membantu ayah membakar lemang.
 
A. mengukus
B. menanak
C. menjerang
D. merebus
 

 
 



No comments:

Post a Comment