BAHASA MELAYU TAHUN ENAM
TEMA :WARISAN ALAM
A .MEMBACA CATATAN
BERIKUT MERUPAKAN LANGKAH-LANGKAH YANG DAPAT DIIKUTI DALAM P&P ;
Berdasarkan gambar ,ceritakan tentang gambar dan pengalaman yang pernah kamu alami.
Berdasarkan video ini,kenalpasti keunikan haiwan melindungi diri.
Aktiviti :Tuliskan lima ayat berdasarkan gambar-gambar di atas.
Baca catatan di bawah ini .Berdasarkan catatan tersebut,kenalpasti dan tuliskan nilai-nilai murni yang dapat diperoleh.
Jumaat ,12 April 2012
Kami selamat tiba di tapak perkhemahan.Aku terpesona apabila melihat akan indahnya ciptaan Ilahi ini.Begitu banyak keindahan ciptaan tuhan yang dapat aku nikmati di sini.Betapa banyaknya flora dan fauna yang menarik perhatian.Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Pada awalnya,kami ditugaskan memasang khemah masing-masing.Seterusnya kami mencari kayu api dan memasak makanan bersama-sama.Sesungguhnya pengalaman yang diperoleh begitu menarik.
Sabtu ,13 April 2012
Selesai solat Subuh,kami berkumpul dan melakukan aktiviti bersenam.Guru juga menerangkan serba sedikit tentang kepentingan menjaga kesihatan diri.Selesai aktiviti,kami melakukan aktiviti meredah hutan.Kami diarahkan mencari maklumat berkaitan dengan jenis tumbuhan yang dapat diperoleh semasa melakukan aktiviti tersebut.Kami juga diminta agar sentiasa berada dalam kumpulan masing-masing serta mematuhi arahan ketua kumpulan.
Semasa aktiviti dilaksanakan,kami melihat banyak flora dan fauna .Pelbagai jenis tumbuhan dapat dilihat .Ada yang tinggi dan ada yang rendah.Kami juga dapat melihat akan serangga -serangga kecil dan rama-rama yang begitu cantik berterbangan bebas .Di samping itu,kami dapat melihat sendiri pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang selama ini hanya dapat diperhatikan melalui televisyen.Antara tumbuhan tersebut ialah pokok buluh,rotan,enau dan damar.Cikgu Aisyah menerangkan betapa besarNya kuasa tuhan yang menjadikan keindahan alam sebegini rupa.Cikgu Aisyah juga menyatakan tentang pentingnya menjaga dan mengekalkan tumbuhan-tumbuhan kepada manusia.
Selesai aktiviti,kami berkumpul semula di tapak perkhemahan masing-masing.Kami bersama-sama menyediakan makanan .Ada yang menghidupkan api,memotong bawang dan menyediakan peralatan memasak.Pada petang itu,kami berbincang untuk mengadakan aktiviti persembahan .Kami berusaha bersungguh-sungguh dengan harapan kumpulan kami akan berjaya dalam pertandingan tersebut.
Ahad,14 April 2012
Sebaik selesai menikmati sarapan roti dan air teh,kami perlu mengemaskan semula barang-barang sebelum pulang.Kami membersihkan tapak perkhemahan supaya kelihatan bersih sebagaimana keadaan asal.Banyak pengalaman pahit dan manis yang dapat diperoleh.Sesungguhnya,pengalaman itu sangat memberi erti kepadaku.
B. MENGECAM ISI PENTING
BERIKUT MERUPAKAN LANGKAH-LANGKAH YANG DAPAT DIIKUTI DALAM P & P

Jenis -jenis hutan di Malaysia
Contoh-contoh hasil hutan
Baca petikan ini .Kenalpasti kegunaan tumbuhan-tumbuhan tersebut.
Ramai yang tidak tahu bahawa daun dan buah durian belanda mempunyai banyak khasiat khususnya dalam perubatan tradisional dan moden. Ada kajian menyatakan ia mempunyai kekuatan sehingga 10,000 kali ganda berbanding rawatan kanser kemotherapi. Itulah kehebatan durian belanda. Berat buahnya dalam lingkungan 1–3 kg yang terdiri dari 68% isi yang boleh dimakan. Isinya berwarna putih dan mempunyai rasa masam manis. Aromanya memang sedap sekali dengan teksturnya seperti kapas. Selain dimakan segar, durian belanda boleh diproses menjadi puri, jus, manisan buah-buahan, jeli, ais krim, yogurt dan sebagainya. Kini, kajian mengenai durian belanda terhadap penyembuhan kanser semakin dipandang tinggi oleh pelbagai pihak dan negara. Mereka yakin bahawa kandungan kimia di dalam durian belanda mampu menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, tanpa rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo. Ia juga mampu melindungi sistem kekebalan tubuh pesakit akan merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses penyembuhan.
Pokok belimbing buluh dikenali juga sebagai Averrhoa belimbi linn.Ia mudah dijumpai di kawasan kampung dan kawasan perumahan .Buah belimbing telah lama dikenali oleh masyarakat sebagai penyedap rasa dalam masakan.Misalnya,di Pantai Timur ,buah belimbing akan dicampur ke dalam kuah nasi dagang .Selain itu,buah belimbing sesuai digunakan untuk melembutkan kulit muka dan menghilangkan jerawat.Selain itu buah belimbing dapat menghilangkan kekotoran yang terdapat pada pakaian.Air belimbing muda dikatakan dapat menurunkan tekanan darah tinggi,kencing manis dan mengelakkan rasa pitam.Selain daripada itu,bunga buah belimbing muda berkahsiat untuk melegakan sakit gigi dan menyembuhkan batuk.
Buluh berasal daripada famili rumput (Graminea).Ia boleh dikelaskan dalam parafamili Bambusae.Buluh terdiri daripada 1250 jenis di seluruh dunia.Dahulunya,buluh hanya dianggap sebagai rumpai di dalam hutan,namun kini sebagai tumbuhan yang mempunyai pelbagai kegunaan.Perkembangan industri kraf telah semakin berkembang dan mendapat perhatian ramai.Buluh banyak digunakan untuk membuat bakul sayur,batang colok,reban dan kandang binatang.Selain itu,buluh dapat digunakan untuk mengawal hakisan tanah .Selain itu,buluh digunakan dalam pembinaan rumah sebagai rangka atap.Di samping itu ,buluh juga digunakan sebagai hiasan dan bonsai
Ramalkan 3 perkara yang akan berlaku berdasarkan gambar di bawah.
No comments:
Post a Comment