Malaysia dikehendaki bertindak aktif untuk mengurangkan penghasilan karbon. Isu ini perlu diuruskan oleh organisasi-organisasi tertentu dan pihak kerajaan. Namun demikian, semua individu perlu bekerjasama dalam mengurangkan jumlah bahan cemar yang terlepas ke udara. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh kita ambil.
Servis kenderaan anda secara konsisten. Amalan ini menjadikan kenderaan anda lebih efisien dalam memproses bahan api (oleh itu, menjimatkan wang anda) serta mengurangkan pelepasan bahan cemar ke udara.
Gunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta. Ini bukan sahaja menjimatkan wang untuk minyak dan kos meletak kereta, malah ia lebih cepat.
Untuk perjalanan yang dekat, berjalan atau menunggang basikal kerana senaman yang dilakukan amat berfaedah.
Beli kereta yang lebih ekonomi. Biasanya kereta sebegini lebih murah dan anda dapat menjimatkan wang untuk bahan api.
Janagan gunakan penyembur aerosol. Penyembur pam menghalang pembebasan gas berbahaya ke atmosfera yang boleh menipiskan lapisan ozon.
Elakkan pembakaran secara terbuka.
Sumber :www.Malaysia.gov.my
No comments:
Post a Comment