Meneroka Rahsia Alam


BAHASA MELAYU TAHUN ENAM
TEMA :WARISAN ALAM

Baca dialog di bawah ini yang menunjukkan aktiviti main peranan memujuk.

Amir
:Selamat pagi,cikgu.Bolehkah  kadar yang dikenakan bagi khemah –khemah tersebut dikurangkan?
 
Cikgu Ani
:Maaflah Amir.Kadar cagaran yang dikenakan bagi jumlah khemah yang dipohon adalah berpatutan kerana bilangan khemah yang dipohon juga banyak.
 
Amir
:Saya benar-benar berharap agar cikgu dapat mengurangkan kadar cagaran yang perlu dijelaskan  .Perbelanjaan yang diperuntukkan bagi menjayakan aktiviti perkhemahan ini besar jumlahnya.Kami perlu menjelaskan  kadar sewa bas,pembelian peralatan tambahan,dan peruntukan makanan .Sebelum ini juga,kami telah meminjam peralatan khemah daripada cikgu.Kami juga telah menjaganya dengan sebaik mungkin.
 
Cikgu Ani
:Baiklah Amir.Saya bersetuju untuk mengurangkan kadar cagaran khemah tersebut.Saya  minta kamu menjelaskan kadar cagaran sebanyak RM500 sahaja.Namun begitu,saya harap kamu dapat menjaganya dengan baik.
 
Amir
:Terima kasih ,cikgu.Saya benar-benar menghargai jasa baik cikgu.Saya berjanji untuk memastikan khemah tersebut akan dijaga dengan baik.

Baca dialog di bawah ini yang menunjukkan  perbualan bagi mendapatkan penjelasan  berkaitan sesuatu perkara.



Amir
:Selamat pagi Encik Hassan.Saya murid Sekolah Kebangsaan Harum Budi.Saya ingin mendapatkan  serba sedikit maklumat berhubung dengan kadar sewa bas yang dikenakan oleh pihak syarikat ini.
 
Pengusaha bas
:Pihak syarikat menyediakan kadar sewa bagi pengangkutan sekitar bandar ini sebanyak RM300 .Manakala bayaran RM900 pula dikenakan bagi perjalanan  ke negeri  lain pula.
 
Amir
:Adakah pihak syarikat menyediakan bayaran tertentu bagi pelajar sekolah rendah ?Jikalau ya,berapakah kadar tambangnya?
 
Pengusaha bas
:Tidak.Pihak kami tidak menyediakan bayaran-bayaran  tertentu mengikut kategori.
 
Amir
:Bolehkah kadar bayaran tambang tersebut dapat dikurangkan sedikit?
 
Pengusaha bas
:Pihak syarikat telah menetapkan kadar bayaran berkenaan.Pada hemat saya,kadar bayaran tersebut adalah berpatutan.
 
Amir
:Jika begitu,bagaimanakan bentuk pembayaran kadar sewa bas tersebut?
 
Pengusaha bas
:Bayaran boleh dijelaskan secara tunai sehari sebelum perjalanan.
 
Amir
:Adakah pihak syarikat memerlukan wang cagaran ?
 
Pengusaha bas
:Tidak.Syarikat kami tidak memerlukan pembayaran wang cagaran.
 
Amir
:Jika begitu,saya akan hubungi pihak syarikat encik untuk menentukan tarikh perjalanan tersebut.Terima kasih atas maklumat yang disampaikan.
 
Pengusaha bas
:Sama-sama.Hubungi nombor yang tertera pada kad ini dalam urusan  perjalanan tersebut.
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment