Wednesday, 5 December 2012

Udara


Malaysia dikehendaki bertindak aktif untuk mengurangkan penghasilan karbon. Isu ini perlu diuruskan oleh organisasi-organisasi tertentu dan pihak kerajaan. Namun demikian, semua individu perlu bekerjasama dalam mengurangkan jumlah bahan cemar yang terlepas ke udara. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh kita ambil.
  • Servis kenderaan anda secara konsisten. Amalan ini menjadikan kenderaan anda lebih efisien dalam memproses bahan api (oleh itu, menjimatkan wang anda) serta mengurangkan pelepasan bahan cemar ke udara.
  • Gunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta. Ini bukan sahaja menjimatkan wang untuk minyak dan kos meletak kereta, malah ia lebih cepat.
  • Untuk perjalanan yang dekat, berjalan atau menunggang basikal kerana senaman yang dilakukan amat berfaedah.
  • Beli kereta yang lebih ekonomi. Biasanya kereta sebegini lebih murah dan anda dapat menjimatkan wang untuk bahan api.
  • Janagan gunakan penyembur aerosol. Penyembur pam menghalang pembebasan gas berbahaya ke atmosfera yang boleh menipiskan lapisan ozon.
  • Elakkan pembakaran secara terbuka.

  • Sumber :www.Malaysia.gov.my

    Bersama Lindungi Alam Sekitar


    Sunday, 4 November 2012

    DENGAR DAN FIKIRKAN


    PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

    Sebagai spesis yang paling berkembang di muka bumi, adalah amat penting bagi kita untuk berusaha melindungi dan memelihara penghuni lain di bumi ini. Bumi kita mempunyai sistem yang kompleks dan pelbagai hasil daripada hubungan simbiosis dan saling kebergantungan.


    Setiap spesis mempunyai tempatnya sendiri dan biasanya tidak boleh ditukar ganti. Sebagai contoh, jike serangga menjadi pupus, banyak tumbuhan tidak akan dapat membiak dan ini mengakitbatkan binatang pemakan tumbuhan kebuluran.


    Secara langsung, ini akan menjejaskan binatang lain ataupun manusia yang menjadikan binatang tersebut sebagai sumber makanan. Oleh itu, adalah amat penting bagi kita untuk bergiat aktif dalam usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar.


    Berikut adalah tindakan-tindakan yang boleh diambil:
  • Elakkan pembersihan tanah kerana ini mengakitbatkan hakisan tanah yang boleh mencemarkan sungai dan lautan
  • Tanamlah pokok kerana ini boleh mengurangkan kesan rumah hijau dan menggantikan karbon dalam udara dengan oksigen
  • Kurangkan penggunaan detergen kerana bahan ini mengandungi fosfat yang boleh mengakitbatkan terlalu banyak nutrien terhasil. Kesannya pertumbuhan alga berlebihan akan mengganggu ekosistem semulajadi dan membunuh tumbuh-tumbuhan dan binatang. Jika perlu, gunakan detergen yang mengandungi kurang atau tiada fosfat.
  • Gunakan mesin basuh isian hadapan kerana jenis ini menggunakan kurang air dan hanya mulakan basuhan apabila isian penuh.
  • Buang sampah dalam tong yang disediakan. Walaupun sampah itu dibuang di sebarang jalan di Kuala Lumpur, kemungkinan akan sampai ke dalam lautan dan membunuh hidupan marin.
  • Pastikan ikan sardin atau tuna yang anda beli ditangkap menggunakan jaring yang tidak membahayakan ikan lumba-lumba (biasanya ini tercatat pada tin).
  • Elakkan dari membuang minyak masak atau minyak jenis lain ke dalam sinki. Simpan minyak ini dalam bekas dan kitar semula.
  • Jangan makan atau gunakan produk yang diperbuat daripada binatang yang terancam atau dilindungi. Misalnya sirip ikan yu, sup penyu, kaki beruang dan lain-lain.